Saturday, July 23, 2011

tidur atas kapal

Assalamualaikum. salam sejahtera.


 oke. bertemu lagi. kita dalam blog ini. setiap kali post ade cerita baru, takde la hott sangat sampai masuk terjah ke, melodi, buletin 3 en. tapi sekadar dalam memori dan mengulit kenangan antara kami. terbaik punya ayat. percutian atau cuti mid sem kali ini. amat amat la pendek. terlampau. ak balik putra x sampai 3 malam dah kene balik ganu atas urusan. ak takde sempat nak g floria, just tengok bunga api dari rumah. opss, percikan bunga api jee. then, nasib baek, balik rumah. masakan sedap. dapat gukk hilang ngidam domino bile balik. pizza hut je tak terjah lagi. n macam biasa, kunjungan kami ke restoran SABA kat cyberjaya tak dilepaskan.

apa paling terbaikk, ak dha tengok HARRY POTTER, THE DEATHLY HOLLOW PART 2. yang finale. masyukk. tp xbest, sebab dea dah habis. xde nak semangat nak tunggu the next one dah. tui. haha.


go on lagi. balik ganu sebab, kami Diploma Perikanan Tahun 2, sem 3 ni pergi sekali lagi ke pulau tersyg, Pulau Bidong. to those yang tak tahu. google je la. malas den nk cite pnjg leba. kami kesana untuk OPERASI LAUT. ape ak nk ckp. mmg bestt kile. santai, mmg mcm bercuti, dan lebih fun lg g ngn semua membe satu kos. thumbs ups weyy !!



pukat hanyut, pukat tunda, candat sotong, memancing, snorkelling, semua dh buat. ape lagi. mcm nelayan dah en, ape ak heran. xkesa mane sgt, bru kita tahu sush mane ikan yang kita makan 2 utk diperolehi. bagaimana arus ombak dan halangan harus ditempuhi seorang nelayan mencari rezeki ditengah lautan tiada penghujung nya. fulamakk. dramatis siood. tp mmg btul, mmg sush guk, stu pgalaman yg sukar didapati. 


tiap tiap malam, kami BBQ. dengan hasil yang kami dapat. masyuuk weyy. ikan bakar, sotong, kekapis, ikan lagi. kalau xkenyang, xtaw nk ckp pe lg. mmg boroi dibuatnya. ktoarg pulak kene masak bergilir. 
ak nk ckp skit, kumpulan E paling bestt skali. komitmen bgs, ahli kumpulan yg sporting habis. ketua yg happening kile(nama dea anwar). hahaha. cool kile en




sebaik habis je operasi laut, ak dan 4 orang lagi dak diploma klass ak. ke Akademi Binaan Malaysia, Jenagor. dekat je ngan empangan Kenyir. untuk kursu TOT (Training Of Traniee) untuk Minggu Jalinan Mesra intake degree nanti. haha. penat weyy. tak terkata. katil dibilik tak di tidur seminggu. rinduu weyy. 

oke ak nk terjun katil dulu. choww ~

Saturday, July 16, 2011

dodol

jika aku kepunyaan masa. ingin aku menatap muka nya.
jika aku kepunyaan masa, ingin ak bahagi masa bersama nya.

tapi apakah daya, tidak lah memungkiri janji,
atau tidak aku ingin kau tangisi,
tapi maafi ak kerana jadi begini.

sorry super sorry. i will make up with you.
pengorbanan awak membuat saya terharu.

thanks kerana sabar. dan thanks kerana sayang. :)

Thursday, July 14, 2011

meoww meoww

just nak cakap. balik putraaa wey !! nak tengok harry potter. dan dan, dodol <3 haha
diberi peluang untuk balik, ape lagi. grab laa. spatut nya cuti seminggu. tapi ade OPERASI LAUT, Pulau Bidong. 4 hari 3 malam. nnty ak update pasal 2. ape2 hal msg rr weyy !!

choww ~ MH1338


untung la ade orang cuti seminggu :)

Monday, July 11, 2011

dahulu dan kini mereka

dahulu. mereka kata aku tiada.
kini. mereka tiada.

dahulu. mereka kata aku menghilang.
kini. mereka berdiam diri.

dahulu. mereka kata aku gila kuasa.
kini. aku yang tidak berdaya.

dahulu. mereka kata berubah.
kini. manis dimuka tiada makna.

dahulu. mereka bercerita tentang dunia.
kini. aku hilang di dunia mereka.

dahulu. mereka gelak ketawa.
kini. ak mencari, tetapi tiada.

dahulu. duka dan suka sama.
kini. mereka suka. aku berduka.


aku mencari mereka yang dulu. aku mencari.
aku salah atau masa yang mengubah segalanya.
tidaklah aku ingin menderita, menanggung sebak di dada.
terukir senyum ku tidak bermakna. kosong hati.

mujur ada yang sedar, diri aku kenapa.
ada meraka masih lagi aku berdiri.

aku mencari dan mencari.

Sunday, July 10, 2011

rasa. rasa. rasa. kau dapat rasa tak. 

makin lama makin jauh. asal la weyy. apa yang termaktub dalam fikiran tu. kalau engkau fikirkan tentang buruk, maka tiadalah baik nya datang dari itu. ubah mindset anda ubah diri anda. jangan kita takuk lama. its true. manusia itu berubah, tapi prubahan masih tidak pada hati. mungkin pada kelakuan tapi bukan pada sanubari. kita dah lama, jangan kita jauhkan.

lama sudah kita tak hirup angin yang sama. masing masing rasa mereka kata aku dah hirup udara lain. tapi, ak masih di situ. mengapa tidak nampak dan nampak apa yang tidak perlu. demikian lah kita, kita diteruskan mampu ke kita terus tersenyum dan gelak puaka seperti kala.

mereka kata, aku yang menjadi burung berkicau. tapi ak bukan burung yang tidak mengerti, kerana aku pandang tinggi pada mereka. mereka saudara ak, tua nya bergaya. hormat nya berganda. tapi disebabkan warna, ak jadi mangsa. entah kenapa mereka menuding jari. aku yang menjadi mangsa. selisih tiada sapa. senyum dimuka hilang dimata.

ak gelisih, ak risau. akan mereka pada aku. aku cuba menjadi terbaik supaya mereka terima, seadanya anwar sauqie.

minggu ini ak stress. hilang. seorang. but still, smile on my face. walaupun tiada yang memahami.
ape2, ak oke je la. kn kn. anwar sauqie mane leh give up. pernah? x de!! anwar sauqie tetap hebat. thanks.

Tuesday, July 5, 2011

setahun jagung


kalau dulu dah bertateh-tateh, kini kami dah ckup setahun. tepat 4 julai ni, kitaorang diploma sesi 2010/2011 cukup dah setahun. besar dah en, cukup x nak kawin ni? jauh impian ni. haha.
kebetulan pulak, pada hari yang same. satu kelas, seramai 107 pergi ke kuantan melawat ke Pusat Biosekuriti Perikanan. lawatan ini di bawah kursus Kesihatan Ikan bawah lecturer Dr. Najihah Musa. tahun 2 bertolak 4 julai, tahun 3 keesokkan hari nya.



setahun sudah kita semua together2. makan, gi kelas, borak. bising2. assignment, buat movie, n bla bla bla. semoga kita semua tetap bersama la. berpanjangan sampai akhir hayat. lepas dah seronok dengar ceramah kn kn-,- kene buat report lak, hantar kat dr. terbbaaaikk. 


nasi dagang :)

kitaorg di beri peluang untuk g ke East Coast Mall, dalam masa SEJAM!! 60 Minit. haha. memang macam olimpik dah, acara jalan jauh. haha. rushing je sume nk g kdai shopping semua. haha.

harapan, kita semua dah bersama, bersatu. jangan lagi ade pertelingkahan. standard kalau kawan itu gaduh. tapi jangan lama2. sekejap je sudah. dan, kita kene naikkan nama diploma kita, di mata semua budak degree dan di semua mata yang lain. diploma perikanan aspirasi kecemerlangan umt. dari segi akademik mahupun sukan. tinggi kan prestasi, tingkatkan motivasi. jangan kita alpa atau lupa. dan jangan kita tertipu daya. semoga kita berjaya.


well, ak ngantok lagi. semalam tido dlm bus semua gaya tido ak buat, tapi x gak terasa nikmatnya. so, katil jadi balasan. choww2~


ombak datang memecah bata,  
bata yang keras terburai jua,
sudah setahun kita bersama,
harap kekal sepanjang masa.

pergi ke pasar beli ikan,
ikan di masak oleh pak atan,
perkara lama jangan di ingatkan,
salah dan silap harap diampunkan.