Monday, May 23, 2011

alami perubahan


weyy, ko berubah la. nmpk kurus skit.
fulamak, lame xjumpe. ko nampak lain dari lain, ape rahsia?

hidup ini panjang, dari kecil hingga ke besar. ak melihat dari mata seorang budak tepi jalan masa nak amek adik dari tusyen. mata itu ak pernah lihat. renungan nya sangat familiar. sebab apa? itulah renungan ak dulu. ak berdiri, ak duduk, tunggu tiba nya parent ak datang mengambil ak dari tusyen. ak disitu suatu masa dulu. ak terbayang, ak teringat. sekarang, ak pula yang mengambil adik ku dari tusyen. itulah diri ku yang kian berubah.

dulu pakai uniform skolh rendah, digelar murid2. dan memakai sluar hijau zaitun, digelar pelajar2. kini, ak mahasiswa. tak ak sangka, ak ke menara gading. perubahan dalam diri setiap orang adalh berlainan. kadang perubahan membawa kepada kebaikkan. ak melihat dari kwan2 ak sndiri.

dari johor ke kelantan,
jelajah naiki kereta,
marilah kita melakukan perubahan,
untuk masa depan tercinta.

kalo dulu kita sedemikian, sekarang buka lah minda untuk menerima perubahan. dari mas ke semasa, kita kene akui yang apa kita buat tidak akan sama dengan rentak kita yang selalu. cara kerja, cara belajar, cara bergaul, berkomunikasi, segala nya berbeza. kita juga kene terima kritikan, kutukan, mahupun tomahan, kadang ia adalah betul, accepts! dan kita cuba untuk menjadi yang lebih baek dari sebelum.

apa? tidak mahu akan perubahan? rugi itu, dan penyesalan akan ikut. jangan berada di takuk yang lama. zama itu sudah lapuk. cara itu sudah old fashioned. kita di era yang lain. cmon lah. grow up, kita dah besar. show your maturity, and be profesional. jangan disebabkan isu peribadi kita ditenggalami emosi. tidak, pemikiran yang rasional akan membuatkan kita sedar akan kesilapan.

jangan berfikir lagi,
percaya akan diri sendiri.

sesungguhnya, tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan seseorang itu melakukan perubahan. disitu jelas sekali bahawa kita kene berubah. jangan jadi kanak-kanak. kita bukan lagi hingusan meminta gula2. kita bukan lagi baby, yang nak dikendong. buka la mata, dan minda. fikir dalam, kita adalah masa depan.

"things do not change, we change"
henry david thoreau

jangan kita mengharap kan perubahan itu berlaku sendiri. setiap perkara yang berlaku ada hikmah nya. tanpa disedari, ia datang dengan cara tersendiri. kita akan menghayati nya dan merasakan sesuatu yang amat berharga. cari lah perubahan. anda yang untung.

alami perubahan untuk masa depan, rasai la kenikmatan.


p/s : takziah dan simpati atas insiden yang berlaku di hulu langat. al-fatihah





1 comment:

  1. renugan bersama:belajar dari kesilapan bukan mengulangi kesilapan..perubahan yang akan dibuat haruslah perubahan kearah kebaikan bkn semakin memburukkan....hihihihi..take care ye....:)

    ReplyDelete